Thursday, May 19, 2011 0 comments

Tokoh Pembebasan Palestin


Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Assalammualaikum warahmatullah..
alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah...
apa khabar pembaca, semoga kita semua sentiasa dipayungi dengan rahmat Allah

syukur pada Allah kerana diberi kesempatan untuk mengupdate blog, hari ini ak nak share kisah tokoh pembebasan Palestine bumi Anbiya.. ak copy je kisah ni dari web dr. Zainurashid (http://zainurrashid.com)
mudah-mudahan bermanfaat bg kita semua... 
Solahuddin al-Ayyubi
Adakah Solahuddin al-Ayyubi berbangsa Palestin? Jawapannya bukan. Adakah Solahuddin berbangsa Arab? Jawapannya juga bukan. Kenapakah Solahuddin yang bukan berbangsa Palestin dan bukan orang Arab ini telah berhabis-habisan sehingga seluruh usianya digunakan untuk pembebasan Masjid al-Aqsa dan Palestin? Ini adalah satu soalan cepu emas yang perlu dijawab oleh kita semua.
Solahuddin al-Ayubi atau nama sebenarnya Solahuddin Yusuf bin Ayyub telah dilahirkan pada tahun 1137M atau 532 Hijrah di kota Tikrit, yang terletak di antara Mosul dan Baghdad dan berhampiran dengan Sungai Tigris.

Asal usul beliau adalah dari suku bangsa Kurdish dan ayahnya adalah seorang gabenor. Semasa kecilnya Solahuddin mendapat pendidikan ilmu ketenteraan daripada bapa saudaranya Asaduddin Shirkukh yang merupakan seorang panglima perang. Beliau dibesarkan sama seperti anak-anak Kurdish biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada seorang pun yang menyangka suatu hari nanti dia akan membebaskan kembali Masjid al-Aqsa dan Palestin dari tentera Salib. Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya ke arah itu.
Kerjayanya seorang pejuang
Kerjayanya bermula sebagai tentera berkuda Nuruddin Zanki, Sultan Aleppo, kemudian dia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh kerajaan Fatimiyah yang berfahaman Syiah. Pada mulanya Salahudin berasa berat hati hendak berangkat ke Mesir kerana lebih sayangkan Aleppo. Apabila Salahudin sampai di Mesir keadaan beliau tiba-tiba berubah. Dia yakin Allah telah memberi tanggung jawab kepadanya untuk membebaskan Masjid al-Aqsa dan Palestin dari penjajahan Salib. Dia menjadi seorang yang zuhud dan tidak tergoda dengan kesenangan dunia.
Solahuddin bertambah warak dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin. Dia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup sederhana yang menjadi contoh kepada tenteranya. Dia menumpukan seluruh tenaganya untuk membina kekuatan Islam bagi menawan semula Baitul Maqdis. Pernah beliau ditanya akan kenapa beliau sentiasa kelihatan serius dan tidak pernah ketawa. Namun beliau menjawab, “Bagaimana mungkin untuk aku ketawa sedangkan Masjid al-Aqsa masih berada di bawah jajahan musuh”.
Sehubungan dengan itu Salahudin telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad. Pemikiran Solahuddin sentiasa tertumpu kepada perjuangan di jalan Allah. Semangat beliau yang sentiasa berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Dia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad dia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini dia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya.
Dalam medan peperangan dia begitu tangkas bergerak bagaikan seorang ibu yang kehilangan anak. Dia akan bergerak pantas dari satu penjuru ke penjuru yang lain dalam usaha menaikkan semangat tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah. Dia sanggup pergi ke pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak umat Islam supaya bangkit membela Islam. Dia lebih gemar berpuasa sekalipun di medan peperangan.
Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Solahuddin untuk menawan Baitul Maqdis. Hajat Solahuddin yang terbesar iaitu untuk menawan kembali Baitul Maqdis akhirnya tercapai pada hari Jumaat, 15 Oktober 1187 atau 27 Rajab 583H , iaitu pada hari Isra’ dan Mi’raj. Solahuddin dan tenteranya berjaya memasuki Baitul Maqdis dan umat Islam kembali memiliki Masjid al-Aqsa setelah 88 tahun ianya dijajah musuh.
Ini adalah hari kemenangan atas kemenangan. Orang ramai dan pemimpin-pemimpin umat Islam datang untuk merayakan kemenangan ini. Laungan takbir, tahmid dan tasbih telah bergema ke angkasa.
Kehebatan peribadi pejuang
Sifat penyayang dan belas kasihan Solahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeda daripada kekejaman tentera Salib. Solahuddin tidak membalas dendam setelah menang ke atas salib bahkan telah menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah. Orang-orang Kristian sebenarnya sangat beruntung apabila tidak seorang pun dari pihak mereka yang telah dibunuh apabila Solahuddin dan tenteranya menang. Malah Solehudin telah membenarkan penganut semua agama (Islam atau Kristian atau Yahudi) untuk bersembahyang di tempat-tempat suci masing-masing di bandar tersebut.
Walaupun berbeza kepercayaan, Solahuddin al-Ayubbi juga amat dihormati di kalangan pembesar dan pemimpin Kristian terutamanya Raja Richard. Raja Richard pernah memuji Salahuddin sebagai seorang putera agung dan merupakan pemimpin paling hebat di dalam  dunia Islam. Selepas perjanjian damai ditandatangani di antara pihak salib dan Islam, Richard dan Solahuddin telah bertukar-tukar hadiah di antara satu sama lain sebagai lambang kehormatan walaupun kedua-dua pemimpin ini tidak pernah bersua muka.

Sebaliknya pula tindak-tanduk tentera Salib ketika mereka menawan Baitul Maqdis kali pertama pada tahun 1099, sebagaimana yang ditulis oleh Ibnu Khaldun menyatakan bahawa, “Ketika tentera Salib mengganas selama seminggu di Baitul Maqdis, mereka melakukan rompakan, pemerkosaan dan membakar rumah-rumah penduduk. Apabila dihitung jumlah mayat-mayat di sekitar masjid, di dalam rumah dan di sepanjang jalan, jumlahnya tidak kurang daripada 70 ribu orang umat Islam yang tidak berdosa”.
Di dalam setiap peperangan Solahuddin sentiasa berbincang dalam majlis yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Semua yang terlibat mempunyai sumbangan yang penting dalam membuat sebarang keputusan. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka akan  memberikan ketaatan mereka kepada Solahuddin.
Perhubungan dengan Allah
Solahuddin adalah seorang yang wara’ dan sentiasa melakukan solat berjemaah. Bahkan ketika sakitnya pun dia memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Bahkan sentiasa mengerjakan sembahyang Tahajjud. Solahuddin dia tidak pernah membayar zakat harta kerana tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Dia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya dia tidak meninggalkan harta.

Catatan-catatan dari lembaran sejarah juga menyaksikan bahawa Solahuddin sangat teringin untuk ke Mekah bagi menunaikan fardhu haji tetapi dia tidak pernah berkesempatan untuk berbuat demikian disebabkan kesibukan beliau berjihad untuk membebaskan Masjid al-Aqsa dan juga kerana kesempitan kewangan.
Dia sangat gemar mendengar bacaan Quran. Di medan peperangan dia kerap kali duduk mendengar bacaan al-Quran oleh tentera-tentera yang dilawatinya sehingga 3 atau 4 juzuk semalam. Dia mendengar dengan sepenuh hati sehingga berlinangan air mata yang membasahi dagu dan janggutnya.
Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah swt. Dia sentiasa meletakkan segala harapannya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika dia berada di Baitul Maqdis di dalam keadaan yang sangat sukar dan seolah-olah tidak dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak, beliau enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Di sepanjang malam, beliau bersolat sambil menangis sehinggakan air matanya membasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Kemudian, perbalahan sesama sendiri berlaku di antara tentera-tentera musuh yang menghasilkan berita yang baik bagi tentera Solahuddin beberapa hari selepasnya. Akhirnya tentera salib membuka khemah-khemah mereka dan berangkat dari bandar suci tersebut.

Solahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam peperangan Hittin, angkatan tentera Salib berjumlah sehingga 63 ribu orang, tetapi Solahuddin menghadapinya dengan tentera yang hanya seramai 12 ribu orang. Berkat kesungguhan perjuangan mereka dan dengan pertolongan Allah, mereka telah menang.
Solahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Di samping Quran dia juga banyak menghafal syair-syair Arab. Beliau juga adalah seorang yang berpengetahuan tinggi dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadith, syariah, usul fiqh dan juga tafsir Quran.
Solahuddin kembali ke rahmatullah pada usia 55 tahun pada hari Rabu, 27 Safar, 589 Hijrah atau 1193 Masihi. Dia tidak meninggalkan harta kecuali 1 dinar dan 47 dirham. Beliau juga tidak meninggalkan harta dan rumah atau tanah. Bahkan betapa sedikitnya harta yang ditinggalkan sehingga ianya tidak cukup untuk belanja pengkebumiannya, hinggakan kain kafan beliau itu pun diberikan oleh salah seorang menterinya.
Begitulah kehebatan tokoh pembebasan Al Aqsa dan bumi Palestin yang bernama Solahuddin al-Ayyubi. Bagaimana pula dengan kita? Tidakkah kita juga turut merindui suasana manis meraikan kemenangan membebaskan bumi tercinta ini?

Salam perjuangan
Dr Z
Tuesday, March 29, 2011 0 comments

Kasih Ibu

Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Assalammualaikum warahmatullah..
alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah...
apa khabar pembaca, semoga kita semua sentiasa dipayungi dengan rahmat Allah..

 ibu
itulah pangilan ibu di rumah, 
semoga ibu semakin membaik kesihatannya dan terus sabar dengan ujian ini
hari ni ak nak share lagu untuk ibu, 
mulanya dengar ar raid atau akh muwayid nyanyi
sedapla pulak, jadi post ak nak post  khas untuk ibuku yang tercintala...
hope pembaca dapat menikmati lagu ni.....
ak sediakan lirik sekali..
jadi kalau kita sayang ibu kita selalulah doakan mereka seperti firman Allah dalam surah al-israa' 17:24

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil".

selamat beramal...:-)






Lirik Kasih Ibu - Burn

Ketika aku dibelai
Kasih sayang mu terindah
Kau tersenyum bila melihat diri ini

Kini ku telah dewasa
Kasih dirimu tak berbelah bagi
Hanya pada diriku

Seharum bunga indah
Pelukanmu itu sayang
Bak awan biru melindungiku

Hanyalah kasihmu
Yang aku perlu
Tiada duanya untuk kubandingkan darimu

Hanyalah kasihmu.... ohh ibu
Biarlah bersemadi dalam hati
Buat selamanya ohhhh


Kau ternilai bagi diri
Kesungguhanmu mendewasakanku
Andai semua berubah akhirnya
Sinarmu hilang selamanya
Ohh...


Sunday, March 6, 2011 0 comments

Don't Quit Do It....

Alhamdulillah sudah abis program minggu ni….
Bagaimana anda mau jadi murabbi??? Apa bahayanya syiah??
Itulah tajuk program minggu ni…
Amat bermanfaat dengan pertemuan singkat dengan ustaz Muhammad Ismail…
Banyak pengalaman dakwah yang di kongsi bersama terutama cara mendidik anak2…
Ingat biarkan anak2 belajar dari pengalaman… terutama yang baru nak bertatih..
Samala dengan semua ikhwah, kita perlu mendidik mutarabbi kita…
Faham apa itu tarbiyah, rukunnya, jenisnya,manhajnya dan tujuannya….. rujuk peta amal tarbawi…
Murabbilah yang menjalankan semuanya dari pengalaman2 ikhwah seblum ini wujudnya satu system atau manhaj untuk kita ikut…
Yang paling menarik kisah ustaz dan anak2 muda yang nak main bola,
bagaimana ustaz didik diorg dengan garangnya…
ada satu ketika bila budak2 tu xsolat subuh ustaz tarik telinga diorang…hehehe..
ingat jangan mengalah dgn budak2 ni baru diorang respect kita.. tapi ada masanya….
Jadilah kawan yang sudi mendengar apa2 masalah diorang… dikala melakukan kesalahan bertegaslah…
Medidik orang bukan senang….
Ana tertarik kata2 sorang ikhwah, kita akh sekarang terima yang dah rosak2..
banyangkan kat sekolah tempat sorang ikhwah mengajar wktu suruh buat analisa apa yang menyebabkan kita lalai..
kebnyakkan mengatakan addict atau ketagihan FaceBook…
apa yang kita mahir,
jawapan student…
mengahdap facebook selama TIGA jam…
apakah ini????
ish2 budak2 dah pandai benda2 camna.. pengaruh media amat kuat..
Jadi para ikhwah sekalian kita patut kerja keras lagi, kita termasuklah ana….
Mulakan langkah kita.. jadilah ikhwah SUPER…
bak kata Solikhin Abu Izzudin..
MENCETAK KADER SERBA BISA..!!!
Jadi….. kitalah yang SERBA BISA knx3…????
Kreatif dan inovasi…
Moga manfaat apa yang kita dapat minggu ni ya para Ikhwah…
Sekadar coretan harianku….
Wasalam…
Sras…
Wednesday, March 2, 2011 0 comments

Akhi & Ukhti Perhatikan SMS mu

Komunikasi tentunya tidak hanya bertemu secara LANGSUNG face to face. Di era yang serba CANGGIH sekarang ini, segalanya MUDAH dilakukan : mulai telpon, internet samapi SMS ( SHORT MESSAGE SEVICE)Kita harus betul betul MEWASPADAI interaksi DIGITAL ini.

Saudara/i ku, mari kita perhatikan dua contoh SMS dibawah ini....

SMS pertama

IKHWAN : Assalamu'alaikum wr wb??? Ukh Bagaimana kabar antum?? kapan balik kesini????
AKHOWAT:Wa'alaikumsalam wr wb, Alhamdulillah ana sehat2 saja,
InsyaALLAH ahad depan ana kembali, antum sendiri SEHAT??mang
ada apa ya akh??
IKHWAN : Alhamdulillah ana pun sehat2 saja ukh. ya tidak ada apa ukh. cuma mau tanya saja, bagaiman kelanjutan RAPAT kemarin?? kapan kita akan rapat kembali ya ukh???

SMS kedua

IKHWAN : Assalamu'alaikum wr wb, Afwan ukh, kapan kita akan RAPAT lagi???
AKHOWAT: Wa'alaikumsalam wr wb, insyaALLAH ahad depan

Sekilas, kalau kita hitung - hitung antara SMS 1 dan SMS 2 hanya perbedaan JUMLAH kata dan TARF pulsa saja.

namun dari situlah kita patut WASPADA. terkadang PERKATAAN - PERKATAAN yg kita LONTARkan atau SMS2 yg kita KIRIMkan menjadikan PELUANG bagi syetan untuk MENEBARkan kembali RANJAU2nya.

Oleh karena itu, berhati2 lah dengan komunikasi dua arah yg biasanya kita lakukan.

"Ukh Bagaimana kabar antum???kapan balik kesini????" Sebuah PERTANYAAN cukup SEDERHANA namun dapat menyimpan SEJUTA makna. Terkesan seperti seseorang yang sedang mengkhawatirkan dan ini tak sedikit yg menimbulkan rasa GR pada penerima pesan ( ayooooo ngakuuuuuu he he).

Betul apa yang dikatakan saudara kita Akhuna Salim A. Fillah (penulis best seller) tentang KEKUATAN kata. kalau hanya KALIMAT " pekan depan akan ada kunjungan silaturahim dari Rohis SMU 13", sebaiknya jgan ditambah menjadi " Ukhty, pada bilangan hari2 yang menanti didepan kita, sebuah kebahagiaan akan terasa dengan hadirnya rekan2 tercinta dari Rohis SMU 13 dalam silaturahim yg mengikat hati dan mempertautkan jiwa"

Sungguh, KEKUATAN kata memang luar biasa DAHSYATnya. Jadi, bila hanya ingin menanyakan kapan RAPAT akan berlangsung, engkau tak perlu harus berbasa basi kesana kemari hal IKHWAL diri dia. Terlalu beratele2, SAUDARA/I ku.Padahal KESEDRHANAAN MENUNJUKAN KEBIJAKSANAAN. Rasululloh pun dalam berkomunikasi menggunakan bahasa yang SEDERHANA, SINGKAT dan PADAT. Karena itu, bila memang dengan 5 KATA saja informasi sudah cukup JELAS mengapa harus 7 KATA????Bukankah sisa 2 kata merupakan KEMUBADZIRAN???

dalam KONTEKS lain, walaupun TUJUANnya BAIK, jika diSAMPAIkan tidak pada tempatnya, tidak TEPAT sasarannya, maka HASILnya juga KURANG BAIK dirasakan, mari kita lihat contoh SMS yg lainnya.

"Ukhty(Akhi) sudah TAHAJUD belum??Tilawahnya sudah SAMPAI Juz berapa ya??"

Sepintas PERTANYAAN diatas sangat BAIK dan berimplikasi POSITIF. Namun, apalah jadinya bila hal itu diLAKUKAN oleh engkau yg bukan siap2 bagi DIA, engkau tidak ada HUBUNGAN sama sekali dengan DIA, bukan KAKAKnya, bukan SAUDARAnya, bukan pula SUAMI/ISTRInya, kecuali sebatas TEMAN dakwah saja. Bukankah hal itu hanya akan menjadi JEMBATAN untuk masuk kedalam PERANGKAP sang DURJANA???Menjadi JALAN bagi syetan untuk MENEBARkan RANJAU2 nya..NAUDZUBILLAH!!

Ya, walaupun NIATnya BAIk, sebagai bentuk tawasaw bi al - haq saling menasihati didalam KEBENARAN , jika dilakukan oleh engkau yang sama2 menggebu2 GEJOLAK HATINYA, bisa jadi yang timbul adalah rasa SIMPATI, yang kemudian tumbuh menjadi CINTA, yang ujung2nya melahirkan PERBUATAN yang di MURKA. Oleh karena itu, pandai2lah dalam berGAUL, berKOMUNIKASI dan MEMILIH kata kata. Termasuk dalam berSMS .

JANGAN SAMPAI NIAT MENJARING PAHALA, NAMUN JUSTRU MENUAI DOSA

semoga menjadi renungan bagi kita bersama, khususnya ana pribadi

wallahu'alam bi showab

Sumber : buku "KU JEMPUT JODOH KU"
Penulis : FADLAN AL IKHWANI
Penerbit : PRO U media...

tulisan ni ana ambil dari post ratu afifah group 1 hari 1 ayat fb..
moga bermanfaat...
Tuesday, March 1, 2011 0 comments
Kontrak Tarbiyah

Bismillahirrahmaanirrahim
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berhimpun dalam cinta kepada-Mu,
telah berjumpa dalam taat kepada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah kepada-Mu,
dan telah berpadu dalam membela syariat-Mu…
Ya Allah.. kokohkanlah ikatannya.
Kekalkan cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahaya-Mu
Yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan
Keimanan dan keindahan tawakal kepada-Mu.
Nyalakan-lah hati kami dengan ma’rifat kepada-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung
Dan sebaik-baik penolong . Amin.

“Saya berjanji, saya tidak merasa terpaksa dan dipaksa
Dalam aktiviti tarbiyah, kerana tarbiyah telah menjadi
Keperluan saya hingga akhir hayat saya. Allah menjadi
Saksi atas janji saya ucapakan dan tuliskan ini.”
 
Yang benar
………………………
(                             )



Monday, February 28, 2011 0 comments

Pesanan Al-akh....

salam..
akh"kehendak nafsu walaupun sangat merosakkan tetapi sangat kita sukai.Apabila sesuatu itu sangat kita cintai, kita akan menjadi buta lalu kejahatan dilihat baik. malah, kita akan menjadi hamba kpda apa yang kita cinta"
sms seorang al-akh kepada ku.. semoga semua dapat manfaat dari sms ni..
0 comments

Aku Ingin MencintaiMu Setulusnya

Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali
Agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia
Untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU
Aku ingin mencintaiMU setulusnya,
Sebenar-benar aku cinta
Dalam do`a
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU selamanya
Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi
Edcoustic – Aku Ingin MencintaiMu Setulusnya
 
;